Khamis, 1 November 2012

Perisian Tasrif Arab


Perkongsian kali ini lebih kepada pelajar mahupun mana-mana individu yang sedang menguasai Bahasa Arab. Tasrif memainkan peranan yang penting dalam pertuturan mahupun penulisan dalam Bahasa Arab. Kerana ia merujuk kepada perkara seperti subjek dan masa dalam sesuatu perbuatan. Maka, teramatlah ia perlu dititk beratkan dalam memahami Bahasa Arab. Tanpa kefahaman kepada tasrif, maka sesuatu pertuturan mahupun ayat mungkin tidak akan difahami bahkan mungkin mungkin disalah ertikan maknanya.

Berikut merupakan screen capture satu perisian yang membantu dalam pentasrifan af3al. Perisian ini dikeluarkan pada Sya'ban 1427 bersamaan September 2006 oleh azahou45@hotmail.com.

Rajah 1

1- Untuk memulakan program.
2- Untuk mengakhiri program.

Rajah 2

Anda perlu memasukkan perkataan yang anda ingin untuk ditasrifkan ke ruang yang disediakan dengan syarat-syarat berikut :

1- Hendaklah f'e'el madhi.
2- Tidak membariskan f'e'el tersebut.
3- Letakkan penanda syaddah pada huruf yg bersyaddah.
4- Pilih sama ada الماضي ، المضارع atau الأمر.


Rajah 3

1- Klik untuk menambah tanda syaddah pada huruf yang dikehendaki.
2- Untuk mendapatkan tasrif madhi.
3- Untuk mendapatkan tasrif mudhori3.
4- Untuk mendapatkan tasrif amar.
5- Untuk memadamkan perkataan yang telah ditulis.
6- Untuk mengakhiri program.

Rajah 4

Anda juga boleh mencetak tasrif yang anda kehendaki dengan menekan butang bertanda 1 dalam gambar di atas.


Perisian bersaiz sekitar 300 KB sahaja dan memerlukan kepada installasi. Anda hanya perlu memuat turun dan meng'extract ' fail yang telah dimuat turun. Kemudian double click pada fail "tasrif.exe". 
Selamat mencuba.

Untuk memuat turun [klik disini]

(SILA AMBIL PERHATIAN)
Perisian ini hanya digunakan untuk membantu dalam pembelajaran. Jika anda menggunakan perisian ini untuk membuat rujukan, teramatlah dinasihatkan untuk membuat rujukan silang kepada kitab bercetak atau kepada perisian seperti Maktabah Syamilah atau Jami3 Kabir. Sebagai langkah berjaga-jaga. 

kalam Setapak Melangkah™

Tiada ulasan:

Catat Ulasan