بسم الله الرحمن الرحيم
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِير ) الإسراء(1:
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
Google Image |
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12 kerasulan Rasulullah S.A.W.. Iaitu selepas berakhirnya pemboikotan kaum Quraisy ke atas Bani Hasyim dan Bani Mutalib, iaitu dua keluarga besar Rasulullah s.a.w. dan setahun selepas ammul huzni (Tahun kesedihan) . Tahun ke-11 kerasulan baginda disebut sebagai ammul huzni kerana baginda kehilangan 2 orang manusia yang amat baginda sayangi iaitu bapa saudara baginda, Abu Talib dan zaujah baginda sendiri, Siti Khadijah R.A. Mereka berdua adalah antara orang yang banyak memberi sokongan kepada Rasulullah s.a.w sepanjang siri dakwah baginda.
Israk ialah perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, manakala Mikraj ialah peristiwa baginda diangkat dari Masjidil Aqsa menembusi langit ke-7 terus ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini baginda ditemani malaikat Jibril a.s. dan menaiki sejenis binatang bernama Buraq. Antara sebab berlakunya Israk Mikraj ini ialah:
1) 1. Bagi menguatkan lagi iman dan keyakinan baginda setelah diuji dengan pelbagai musibah seperti pemboikotan orang-orang Quraisy, kematian 2 orang kesayangan dan peristiwa Rasulullah dilontar batu di Thoif.
2) 2. Ujian kepada umat Islam ketika itu untuk beriman kepada Rasulullah s.a.w kerana perjalanan yang beribu batu dan melintasi 7 lapisan langit hanya berlaku dalam ¾ malam.
3) 3. Menzahirkan golongan yang benar-benar beriman kepada Rasulullah dan sebaliknya.
Beberapa peristiwa telah berlaku sepanjang Israk, yakni perjalanan baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.
4. Baginda diarahkan Jibril a.s untuk bersembahyang sunat 2 rakaat di Madinah, tempat di mana berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w. kemudian di Bukit Tursina, tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu dari Allah dan di Baitul Laham (Bethelehem), tempat lahirnya Nabi Isa a.s..
4. Baginda diarahkan Jibril a.s untuk bersembahyang sunat 2 rakaat di Madinah, tempat di mana berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w. kemudian di Bukit Tursina, tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu dari Allah dan di Baitul Laham (Bethelehem), tempat lahirnya Nabi Isa a.s..
Kemudian baginda menyaksikan beberapa peristiwa yang berbentuk simbolik dan ajaib. Antaranya ialah:
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. Mengambil hikmah dari Masyitah yang berjihad mempertahankan keimanan beliau.
2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak firaun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Kemudian baginda tiba di Masjidil Aqsa dan melakukan solat sunat 2 rakaat berserta para nabi dan para utusan di belakang sebagai makmum baginda. Sebagai penunjuk bahawa Rasulullah s.a.w. adalah pemimpin utama sekalian nabi dan rasul.
Penyaksian peristiwa di atas adalah untuk menunjukkan ganjaran dan balasan bagi sebahagian amal kebaikan dan kemungkaran yang dilakukan manusia. (Peristiwa 1 – 10)
Kemudian baginda turut mendapat gambaran umat baginda yang lalai dalam kemewahan dunia (11), orang yang mensia-siakan hayat (12), tamsilan umur dunia (13). Baginda turut dihidangkan 2 jenis minuman oleh Jibril a.s. iaitu susu dan arak. Baginda memilih susu maka Jibril a.s. berkata sesungguhnya baginda telah melakukan pilihan yang betul, jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan sesat.
Mikraj (Tangga) pula merujuk kepada peristiwa Rasulullah s.a.w diangkat dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha seterusnya bertemu dengan Allah S.W.T. Berikut merupakan kronologi Mikraj Rasulullah s.a.w.:
1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umat mu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umat mu. Suruh lah umat mu menanam tanaman syurga iaitu “la haula wala quwwata illa billah” mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Sampaikan salam ku kepada umat mu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: “subhanallah, wal-hamdulillah, wa la ilaha illallah allahu akbar” dan “wa la haula wa la quwwata illa billahil- 'aliyyil-'azhim”. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepala mu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umat mu. Aku buka dada mu dan buangkan dosa mu. Aku jadikan umat mu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi mungkar. Aku kurniakan mu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panji mu. Dan Aku fardhukan atas mu dan umat mu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam. waAllahua3lam.
Kisah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj
Diceritakan dalam satu kisah yang lain, sebelum berlakunya Israk Mikraj. Berlaku satu perbualan antara langit dan bumi. Tetapi kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan, sekadar untuk perkongsian bersama.
waAllahua3lam.
Berkata bumi kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'Arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, di tempat ku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, se utama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempat ku. Dan dia menjalankan syariatnya juga di tempat ku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepada ku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusan nya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj
waAllahua3lam..
kalam Setapak Melangkah™
Tiada ulasan:
Catat Ulasan