Mungkin ramai yang sudah mengetahui cara untuk delete kata laluan dalam sistem pengoperasian Windows 7. Tetapi saya masih mahu berkongsi perkara ini kerana masih ada sebahagian besar dari kita yang belum mengetahuinya. Saya menjumpai cara ini semasa sedang membaik pulih laptop kawan saya. Oleh kerana laptop beliau memerlukan kepada password, saya telah bermandi peluh selama 2 jam untuk meng'Google'kan cara-cara untuk delete password. Kebanyakan hanya dalam bahasa Inggeris. Dan pada entry kali ini saya akan terangkan dalam Bahasa Melayu.
Mula-mula anda perlu memuat turun perisian Hiren's BootCD 14.0. Anda boleh klik [di sini] atau terus ke laman web Hiren's BootCD : http://www.hirensbootcd.org/download/ . Saiz fail ini ialah 495.14 MB, jadi saya agak menyarankan agar anda menggunakan Internet Downloaad Manager atau Free Download Manager.
Setelah selesai memuat turun, buka file tersebut. Anda akan mendapati terdapat beberapa fail di dalam fail tersebut. Anda hanya memerlukan file berlabel Hiren's.BootCD.14.0.iso untuk meneruskan proses seterusnya.
Burn fail iso sebentar tadi ke dalam CD-R. Pastikan hasil CD anda sebentar tadi adalah bootable.
Boot komputer anda menggunakan Hiren's BootCD yang baru di 'burn ' sebentar tadi dan ikuti langkah-langkah di bawah bagi memadam kata laluan anda.
1. Masuk mode "Offline NT/2000/XP/Vista/7 Password Changer" - gunakan butang penunjuk atas/bawah untuk memilih dan tekan butang "Enter". Kemudian tunggu program "Offline NT/2000/XP/Vista/7 Password Changer" memuat masuk.
Anda akan melihat banyak barisan program. Jangan lakukan apa-apa ketika ini.
2. Pilih Hard Drive Partition yang mengandungi sistem pengoperasian Windows. Kebiasaannya ialah partition C. Untuk pilihan default, anda hanya perlu menekan butang Enter terus. Setiap komputer Windows 7 akan memaparkan lebih dari satu partition, maka anda perlu berhati-hati dalam memilih partition.
3. Sahkan "Windows Registry Path". Anda hanya perlu menekan butang Enter tanpa menulis apa-apa bagi pilihan default. - jika program meminta untuk "write file(s)" kembali, taip "y" dan klik butang Enter.
4. Pilih "Password Reset". Seperti biasa, anda hanya perlu menekan butang Enter bagi pilihan default.
5. Kemudian pilih "Edit User Data and Password". Tekan butang Enter untuk pilihan default. Tindakan ini akan memuat masuk pilihan yang berkaitan dengan pemulihan kata laluan.
6. Masukkan "Username" pada "Edit" - Username ada disenaraikan dalam program tersebut. Sebagai contoh seperti di dalam gambar. Jika kata laluan yang anda ingin padam ialah kata laluan default user, anda hanya perlu tekan butang Enter.
7. Pada bahagian bawah paparan, anda akan melihat "User Edit Menu" dengan beberapa pilihan. Tekan nombor 1 untuk memadamkan kata laluan dan tekan butang Enter.
8. Saya anggapkan anda tidak mempunyai masalah mengikuti arahan di atas, anda akan dapat melihat mesej "Password cleared". Anda perlu menaip "!" untuk keluar dari program "User Edit Tool" dan klik butang Enter.
9. Taip "q" untuk keluar dari "Offline NT Password & Registry Editor". Pastikan anda melakukan langkah seterusnya untuk memastikan perubahan yang telah anda lakukan.
10. Taip "y" dan klik butang Enter untuk memastikan perubahan yang telah dilakukan. Anda seharusnya telah dapat melihat mesej "Edit Complete" pada paparan komputer anda. Ini menandakan bahawa anda telah selesai menjalankan program.
11. Program akan memberi pilihan untuk mengulang semula program. Tetapi jika anda tidak mendapati sebarang masalah pada program, anda hanya perlu klik butang Enter untuk membuat pilihan default.
12. Keluarkan Hiren's BootCD dari komputer anda dan reset komputer anda secara manual. Siap!
Perkara penting yang perlu anda ambil cakna sebelum memulakan proses ini. Jika anda ada melakukan proses encryption dalam hard drive anda, encrypted files tadi tidak boleh dibaik pulih melainkan anda ada menyimpan encyption's key atau anda menggunakan kata laluan enkripsi. Dan jika anda masih belum memahami istilah-istilah yang digunakan dalam artikel ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar. Untuk panduan dalam Bahasa Inggeris anda boleh melayari http://www.hirensbootcd.org/resetting-windows-password/. Selamat Mencuba!
kalam Setapak Melangkah™

Tiada ulasan:
Catat Ulasan