Rabu, 22 Jun 2011

Pintaskan Google.com.my ke Google.com

Google Image
Setiap komputer yang disambungkan ke internet akan diberikan satu jenis alamat yang dinamakan internet protocol address (ip address) bagi mengenalpasti tempat komputer itu digunakan. Apabila kita menyambungkan komputer dari Malaysia, secara automatik pelayan (server ) Google akan mengenal pasti ip address komputer kita dan bertindak balas menghantar data-data yang berkaitan dengan ip address yang digunakan. Bermakna, apabila kita menggunakan ip address yang berdaftar di Malaysia, server Google akan menghantar laman google.com.my kepada internet browser kita. Cara yang paling mudah bagi memintaskan (redirect) laman google.com.my terus ke google.com ialah:

Taipkan "google.com/ncr" ke dalam url box browser anda. Secara automatik, server Google akan menghantar laman utama Google iaitu google.com ke browser internet komputer anda. 
Selamat Mencuba..

kalam Setapak Melangkah™

Tiada ulasan:

Catat Ulasan