Isnin, 13 Jun 2011

Sejarah Sambutan Hari Bapa

Merujuk kembali kepada sejarah bermulanya Hari Ibu, mestilah kita akan mula tertanya-tanya tentang sejarah sambutan Hari Bapa. Pada tahun apakah ia diasaskan? Oleh siapa? Apa tujuan asal sambutan Hari Bapa Ini? Dalam menceritakan perkara ini, saya hanya menemukan sedikit sumber mengenai sejarah bermulanya sambutan ini. Mennyiratkan bahawa sambutan ini kurang diberi perhatian berbanding Hari Ibu dan Hari Sambutan Kekasih.

[Google Image]


Menyingkap kembali sejarah, sambutan ini bermula di Fairmont, West Virgina, Amerika Syarikat pada 5 Julai 1908. Sambutan mula-mula ini diuruskan oleh Puan Grace Golden Clayton bagi mengingati kematian 210 orang bapa yang merupakan mangsa tragedi letusan lombong di Monongah, West Virgina pada 6 Disember 1907. Tetapi malangnya, sambutan itu kurang mendapat tempat ketika itu kerana terdapat sambutan yang lain di daerah sekitar. Menyebabkan sambutan ini tidak didaftarkan secara rasmi. Dikatakan Claton mengatur sambutan ini kerana terdapatnya sambutan Hari Ibu. 

Sekitar tahun 1909, Cik Sonora Smart Dodd telah sekali lagi mengulangi idea ini, tetapi idea pada Dodd ini bukan timbul dari cedukan idea Clayton, sekadar cetusan pemikirannya melihatkan bertapa besarnya pengorbanan dan susah-payah bapanya dalam membesarkan keluarganya selepas kematian ibunya. Pada mulanya sambutan ini kurang mendapat perhatian awam dan pihak yang berkenaan, namun usaha yang berterusan darinya menampakkan hasil apabila sambutan Hari Bapa mula disambut di Spokane, Washington pada 19 Jun 1910. 

Pada 1916, semasa sambutan Hari Bapa diadakan di Spokane, Presiden Woodrow Wilson mencadangkan agar sambutan ini dijadikan sebagai salah satu sambutan rasmi tahunan, tetapi ditolak oleh Kongres ketika itu. Usaha ini dicuba kembali oleh Senator Margaret Chase Smith dengan mengemukan usul menuduh Kongres 'menganak tirikan' sambutan Hari Bapa selama 40 tahun dengan tidak meletakkannya sebagai sambutan rasmi tetapi meletakkan sambutan Hari Ibu sebagai sambutan rasmi. 

Pada 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengemukakan tuntutan agar Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga Jun setiap tahun sebagai Hari Bapa. Akhir sekali pada 1972, Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa sambutan Hari Bapa secara rasminya seperti yang dicadangkan pada tahun 1966. Sambutan ini diterus sehingga kehari ini di seluruh dunia termasuk Malaysia dengan tarikh yang berbeza mengikut negara.

kalam Setapak Melangkah™

Tiada ulasan:

Catat Ulasan