Isnin, 13 Jun 2011

Infinity Downline. Login dan jana RM 100?


Assalamualaikum wrt...

Infinity Downline. Satu nama yang agak tidak asing lagi dalam dunia pelaburan internet. Banyak dilihat dalam facebook terutamanya. Ia juga telah disertai ratusan ribu orang oleh kerana bukti-bukti yang dilampirkan bersama promosi agak meyakinkan para pelayar utk melabur dalam perniagaan ini. Memang tidak dinafikan melalui sistem yang dijanakan, para pelabur boleh mendapatkan duit 'belipat ganda' berbekalkan modal $25 atau RM 100. Tetapi yang menjadi persoalan WAJIB bagi seorang muslim, Adakah perniagaan dengan sistem ini dapat mendatangkan hasil yang halal? Kadang-kadang, kita terlepas pandang tentang perkara ini.

Ayuh kita bandingkan antara pengutip tin-tin di tepi jalan dengan pemain judi. Antara 2 golongan ini manakah yang akan mendapat keuntungan lebih banyak dan lumayan? Mestilah pemain judi. Tetapi antara 2 golongan ini juga, manakah antara mereka mendapat rezeki yang HALAL dan diredhai Allah? Sebagai seorang muslim, anda mampu menjawabnya.

Kembali kepada INFINITY DOWNLINE. Saya agak terpanggil untuk menceritakan status program ini. Mungkin saya akan dilabelkan sebagai pemadam 'api dapur'. Tetapi sebagai seorang yang saya rasa dipertanggungjawab utk menyampaikan apa yang saya ketahui, maka cercaan sebahagian manusia tidak sepatutnya menjadi penghalang

Suka untuk saya mengambil petikan kesimpulan artikel mengenai Infinity Downline dari www.zaharuddin.net :

KESIMPULAN DARI USTAZ ZAHARUDIN dot net:
1)  Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.
2)  Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.
3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.
4)  Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.(hanya berlaku pada sesetengah keadaan, BUKAN semua)

Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.

Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.

Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. Niat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah.. waAllahua3lam - Ustaz Zaharuddin


Petikan email antara Ustaz Zaharudin dan Dr Irfan Khairi:(boleh didapati dibahagian bawah artikel)

From: RahsiaInternet.com <info@rahsiainternet.com>
To: zaharuddin arahman
Sent: Wed, March 3, 2010 4:55:54 PM
Subject: Re: explaination from Irfan Khairi ;)

Assalamualaikum Ustaz,

great to hear from you.

Uzar, as for infinity downline you asked, i totally agree with your post. what i see from the founder company is that if im not wrong, they dont profit directly money wise from the system as the monies are rolled within downlines. however, the founder company benefits from collecting a huge database to do followup sales of other products. Probably using an autoresponder there ;)

The business model for the founder company is to increase their mailing list, and in online business, the bigger list u have, the more you can profit from selling other products.

I do get questions from others about infinity downline, and my usual answer (also applies to other similar programs) is that, if it smells like skim cepat kaya, then, it is a skim cepat kaya ;) and i would say that too for infinity downline.

the thing is, most people (malay's unfortunately) before joining, mereka dah rasa ragu2 dah dari segi scam and also halal/haram issue.. but some how they do it anyway because of the "want to be cepat kaya urge". which is sad too for me as i always teach it takes time, effort and ilmu to be successful in business.

Best wishes to you and your family there.

-irfan khairi
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel lengkap boleh didapati [di sini]

Ahli program banyak menggunakan kata-kata Dr Irfan Khairi dalam usaha menarik minat ahli baru, jadi saya rasa tidak salah agar mereka melihat secara jelas pandangan Dr Irfan mengenai program ini. Saya juga sempat mengkaji sedikit sebanyak mengenai program ini. Berikut antara unsur syubhah dan غرّار (penipuan) dalam program ini.

Petikan dari email selepas berdaftar:

"2. Then dorg akn jwb mnt, more detail, cmn nk buat, cmn dpt duit, bpe modal, kna byr tak, dll..

byrn pndftrn rm 100..then bila dh dftr awk blh jana pndptn tnpa had..
kt cni kta promote sistem..if ade org join sistem ni under awk, awk akn dpt bonus rm 100..

tp awk tak perlu cri org. org akn cri awk..
slps dftr sy akn ajar sume tips2 utk buat org cri awk..
sy akn guide smpai awk dpt duit mcm sy :)"

dlm email tersebut, dia tidak menerangkan cara sistem ini berfungsi sebagai jawapan kpd klien yg berminat. Ia cuma mengajar cara menarik pelanggan. Jadi merujuk kepada petikan email di atas, ia telah dijawab sendiri melalui petikan artikel yang banyak digunakan oleh para Upline program ini mengenai "Status Infinity Downline" :

"Tetapi ia menjadi HARAM jika anda mengusahakan ID di mana

1. Prospek mendaftar dengan anda TANPA melihat website yang disediakan oleh pengelola untuk pendaftaran dan membayar anda SEBELUM melihat atau mendaftar di website berkenaan 2. Anda yang memasukkan butiran peribadi prospek ke dalam sistem dan melakukan pendaftaran bagi pihak mereka 3. Anda menggunakan kaedah promosi yang berunsur penipuan semata-mata untuk mendapatkan prospek atau memanipulasi prospek untuk layak mendapatkan komisyen daripada pengelola (contohnya meminta pembayaran daripada prospek untuk mendapatkan kesemua info tentang program tersebut, MENYELINDUNGI ciri-ciri program supaya prospek tidak tahu segala risiko)"

Setelah dikaji dibahagian ini, saya percaya mmg berlaku pada sesetengah upline dan downline, mungkin sama pada semua. waAllahua3lam. Seterusnya mereka akan menyatakan tentang kesahihan program ini di dalam Malaysia melalui kata-kata seperti berikut:

"Infinity Downline bukan haram di Malaysia dan semua negara lain di seluruh dunia, ia telah disahkan untuk menjalankan program ini di Malaysia kerana ia bukan satu Skim Piramid. MLM = Skim Piramid yang menjual produk-produk untuk menyembunyikan struktur piramid, tetapi mereka masih membayar gaji berdasarkan struktur piramid. MLM perlu mempunyai lesen. Infinity Downline bukan Skim Piramid, ia juga bukan MLM."

dan selalunya meletakkan gambar berikut sebagai bukti pengesahan kewujudan program ini di Malaysia:

klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar

Nampak agak meyakinkan, tetapi setelah diteliti pautan [klik di sini] yang dilampirkan dalam gambar. Tiada sebarang maklumat ditemui mengenai syarikat atau program ini. Bagi menguatkan lagi dakwaan ketiadaan pengesahan dalam bnm.gov.my ini, saya juga telah membuat carian umum [klik di sini] dalam laman ini, namun masih tiada hasil carian dari kata kunci yang telah saya masukkan. Ini telah menimbulkan keraguan berkaitan kesahihan program ini di Malaysia. Sila BETULKAN jika saya tersilap meletakkan pautan. Disebabkan oleh hasil yang saya dapati dari sedikit pemerhatian saya ke atas program ini jadi saya telah membuat kesimpulan bahawa terdapat unsur-unsur syubhah dalam program ini.

Sabda Rasulullah :
 "Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara-perkara syubhat,Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga diri dari perkara syubhat tersebut, maka dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya,dan barangsiapa yang jatuh dalam perkara syubhat, maka dia jatuh kepada hal yang haram.Seperti seorang pengembala yang mengembala disekitar daerah larangan, lambat laun akan masuk kedalamnya. Ketahuilah, setiap raja memiliki daerah larangan, sedangkan daerah larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, dia adalah jantung(hati) "
(Riwayat Bukhari & Muslim, dari Nu'man bin Basyir )

Dari hadis ini, Rasulullah S.A.W. menganjurkan kita sebagai seorang muslim dan mukmin menghindarkan diri daripada perkara-perkara syubhah. WaAllahua3lam.


Ringkasan Kesimpulan dari artikel ini.

1) Ust Zaharuddin : umat islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai sistem ini.
2) Dr Irfan Khairi : saya bersetuju dgn artikel Ustaz Zaharuddin.
3) Penulis Artikel : gunakanlah apa yang sudah jelas di hadapan kita.


Akhir sekali, semua yg saya nukilkan adalah dari pengalaman seketika mendalami perniagaan ini. Bukan saya mendakwa tuduhan saya 100% benar belaka, tetapi mengajak kepada pemikiran yg rasional dlm perniagaan. Jika anda merasakan pandangan hamba yang dhoif ini adalah benar, maka sampaikanlah kepada yang lain. Dan jika anda merasakan pandangan ini tidak boleh diterima, maka terpulanglah. Saya hanya sekadar ingin berkongsi pandangan dan saranan, selebihnya terserah kepada diri masing-masing untuk menilai. WaAllahua3lam.

kalam Setapak Melangkah™

Tiada ulasan:

Catat Ulasan