Isnin, 13 Jun 2011

Lajukan PC Anda!

Dikalangan pengguna komputer, 'not responding' merupakan antara musuh utama dalam menyelesaikan satu-satu kerja. Bagi mengoptimumkan operasi komputer anda, terdapat banyak perisian dalam pasaran sekarang. Terdapat yang proprietary software dan open source software. Di sini saya ingin kongsikan bersama satu perisian yang agak ber'kuasa' dan digunakan oleh kebanyakan pemilik PC kini. Advance SystemCare Free.

Dalam software ini terdapat banyak fungsi yang berguna dalam mengopitimumkan operasai PC anda. Antaranya deep care, turbo boost, smart defrag dan lain-lain.

Antaramuka perisian
Bagi peminat permainan PC, anda juga dapat menggunakan perisian Game Booster  yang didatangkan bersama perisian ini semasa proses pemasangan. Perisian ini akan bertindak menutup process yang tidak penting dan memberikan ruang kepada permainan untuk bergerak dengan lebih lancar. Perisian ini turut dilengkapi dengan pelbagai lagi aplikasi bantuan yang dapat membantu anda melancarkan PC anda.


Perisian ini boleh didapati di laman web pembangun perisian ini, Iobit [klik di sini]

kalam Setapak Melangkah™

Tiada ulasan:

Catat Ulasan