Sengaja saya menulis post ini pada 10 hb kerana ingin membaca terlebih dahulu 'fakta-fakta' yang bakal dikemukakan oleh media massa tanah air. Dan saya membandingkan fakta-fakta dari sumber-sumber lain.
Mari kita ikuti beberapa laporan media massa Malaysia.
Berita 1 |
Berita 2 |
Sekarang kita cuba membuat peratusan tangkapan daripada 'fakta' yang dikeluarkan dari akhbar di atas
Tangkapan = 1,667
Jumlah = 6,000
Peratusan = 27.7833
Hampir 30% peserta perhimpunan ditangkap sepanjang perhimpunan ini diadakan! Satu bilangan yang agak tinggi. Tetapi, mengapa masih ramai yang jalan berarak sekitar ibu negara ketika itu? Adalah bilangan perserta perhimpunan adalah rekaan semata-mata bagi mengaburi mata rakyat Malaysia. Mari kita lihat beberapa gambar yang sempat dirakamkan semasa perhimpunan berjalan
Adakah anda menanggarkan hanya 6,000 orang yang terlibat dalam perhimpunan kali ini? Nilai sendiri.
Saya juga sempat membaca berita dari laman web Al-Jazzera semasa awal perhimpunan diadakan. Pihak itu menganggarkan seramai 20 000 orang terlibat (ini semasa pagi 9 Julai 2011). Fakta yang dinyatakan oleh pihak media massa antarabangsa itu dilihat bercanggah dengan 'fakta' akhbar tempatan. Namun berita terkini telah diubah suai dgn Al-Jazzera meletakkan anggaran dari pihak berkuasa Malaysia seramai 10 000 manakala anggaran pihak penganjur ialah melebihi 50 000 orang. [klik di sini]. Tokoh sasterawan negara yang turut terlibat menyatakan kehadiran orang ramai dlm anggaran lebih dari 30 000 orang. WaAllahua3lam, anda nilailah sendiri berita-berita yang dibawakan oleh sumber-sumber media massa anda.
Akhir sekali suka utk saya berkongsi gambar yang diperoleh dari Albanjari Online mengenai keratan akhbar hari ini.
credit : albanjari online |
Manakala gambar di bawah diambil dari laman web Al-Jazzera
credit : Al-Jazzera |
kalam Setapak Melangkah™
Great and that i have a swell give: What Renovations Increase The Value Of A Home split level home exterior remodel
BalasPadam