"Ummati..ummati..ummati" itulah kata-kata Rasulullah s.a.w. ketika berhadapan dengan maut. Saat-saat terakhir Rasulullah s.a.w ditemani Fatimah r.a.. Rasulullah s.a.w sedang terbaring lemah dengan berkeringat membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang memanggil dan mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah r.a tidak mengizinkannya masuk.
"Maaflah,ayahku sedang demam.."
Kata Fatimah r.a yang membalikkan badan dan menutup daun pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya
yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah r.a,
"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya."
Tutur Fatimah r.a lembut. Lalu Rasulullah s.a.w. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan didunia. Dialah malakul maut." kata Rasulullah s.a.w..
Mendengar demikian, Fatimah r.a hampir menangis, Rasulullah s.a.w kemudiannya mengizinkan lelaki itu masuk. Rasulullah s.a.w bertanya kepada Izrail r.a. mengapakan Jibril a.s. tidak turut serta bersamanya. Lantas dipanggil malaikat Jibril a.s yang sebelumnya bersedia menerima kekasih Allah s.w.t itu di langit.
"Jibril a.s,jelaskan apa hakku nanti dihadapan ALLAH?"
Tanya Rasulullah s.a.w dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu."
Kata Jibril a.s.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?"
Tanya Jibril a.s lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir wahai Rasul ALLAH, aku pernah mendengar ALLAH berfirman kepadaku:
'Kuharamkan bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya'."
Kata Jibril a.s.
Detik pemergian baginda semakin dekat, Izrail r.a memohon izin Rasulullah s.a.w untuk menjalankan tugasnya. Perlahan dan lembut roh Rasulullah s.a.w ditarik, itulah selembut cabutan yang dilakukan Izrail a.s. Nampak seluruh tubuh Rasulullah s.a.w. bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang.
"Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah s.a.w berkata kepada Jibril a.s.
Fatimah r.a terpejam mendengarkan kata Baginda, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril a.s memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
tanya Rasulullah s.a.w kepada malaikat itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih ALLAH direnggut ajal,"
kata Jibril a.s.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w berkata lagi, kerana sakit yang tidak tertahan.
"Ya ALLAH! Dahsyat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah s.a.w mulai dingin kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibir Baginda seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
"peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Diluar pintu derai tangis mulai dengar bersahutan para sahabat saling berpelukan. Fatimah r.a menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w yang mulai kebiruan.
"Ummatii...Ummatii...Ummatii..."
Selang kemudian, berakhirlah nafas manusia kekasih Allah s.w.t dalam cinta kepada umat baginda...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan