Ahad, 3 Julai 2011

Puisi Cinta Si Sufi~


Berkata-kata tentang cinta, manusia hari ini terlalu menyempitkan skop pemahaman cinta. Mereka membataskan bahawa cinta itu hanyalah terbangkit saat wujud perasaan dalam hati 2 insan lelaki dan wanita. Namun sedarkah bahawa pemahaman cinta itu bukan hanya terhenti di situ, bahkan luas perbicaraan tentang perkataan cinta. Bukan menyangkal bahawa wujud istilah cinta dalam aspek yang telah disebutkan, tetapi mengajak bersama berfikir tentang apa itu makna cinta? Renungkan..

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta ....



Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan kujelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri ....

Meskipun lidah ku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang ....
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya ....

Kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta ....

Dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur ....
cinta sendirilah yang menerangkan,
cinta dan percintaan...

Penyair Sufi, Jalaluddin Ar-Rumi
diterjemah oleh Habiburrahman El-Shirazy
dalam filem "Ketika Cinta Bertasbih"

Terlalu dalam cinta Si Sufi ini kepada Allah, di manakah cinta kita pada-Nya?

kalam Setapak Melangkah™


Tiada ulasan:

Catat Ulasan