Ahad, 18 Mac 2012

Nasihat dan Tuding!


Situasi: 
Kita sering ditanyakan ; Apa hukuman kepada orang yg murtad dari agama Islam?
Jawapan kita : Bunuh sampai mati! Dengan yakinnya.

Kemudian ditanya "Apa tindakan (kita) ke atas orang yang baru murtad?
KEBANYAKAN kita menjawab : Bunuh sampai mati!

Tetapi kita terlupa, sebelum bunuh itu perlu dinasihati (istitab - استتاب , tetapi digunakan perkataan "nasihat" bagi memudahkan pemahaman struktur). NASIHAT*. Jarang-jarang kita dengari terlebih dahulu jawapan ini. Sesudah itu baru Bunuh. Tentang tempoh utk menasihati ada banyak pendapat, tapi kepentingan yang ingin dikatakan di sini adalah NASIHAT. Tempoh itu perkara kedua jika perlu diperbahaskan.

Dan nasihat perlu dalam bahasa dan cara, mengikut pemahaman masing-masing.

Tak perlu diceritakan tentang sesuatu itu melalui martabat ulama' jika kepada orang yang awam.
Tetapi kadang perlu menasihati seseorang alim itu melalui mustawa awam kepada ulama' sebagai jalan lain. Rangkuman dua sekaligus. Kerana banyak yang saya lihat, nasihat tersilap martabat.

Mari kita telusuri sebentar sejarah perkembangan Islam sekitar tahun 300 Hijrah. Mengapa perlu diasaskan ilmu kalam ketika zaman itu? Kerana Islam mula tersebar ke negeri dan negara yang mempunyai tahap pemikiran berunsurkan falsafah. Jadi, bagi mengawal dan membanteras ahli falsafah bukan Islam, muncul Ilmu Kalam yang dipelopori sebahagian ulama'-ulama' Islam zaman itu. Intipatinya, mengikut peringkat, martabat atau mustawa.

Saya bukan hendak membincangkan masalah murtad, hanya sekadar contoh situasi yang dibawakan dalam artikel ini. Dan kebelakangan ini saya sering melihat masalah tuding-menuding, na3uzubillah. Teringat zaman sekolah dulu,

"Ingat, satu kita tunjuk ke arah orang. Lagi 3 memaling ke arah kita"


Banyak masalah yang wujud sekarang ini, orang lain dipersalahkan. Masalah ekonomi, sosial, politik dan lain-lain. Bukan menafikan atau membangkang 100% pengaruh lain dalam kewujudan sesuatu masalah, tapi bukankah lebih elok menuding diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.

"Mungkin cara terbaik menyelesaikan masalah adalah dengan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah sendiri terlebih dahulu"

Artikel ini hanya berkisar dua aspek Nasihat dan Tuding. Dan lebih ke arah KBKK, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Memohon penbaca untuk cuba mencari maksud yang lebih jelas. InsyaAllah sama-sama kita muhasabah diri bersama mencari jalan penyelesaian untuk masalah seperti ini.

*Istitab (Meminta utk bertaubat) : Jumhur (Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad) berpendapat hukumnya Wajib. Manakala Imam Hanafi berpendapat ianya Mustahab.

والخلاصة: أنه يعرض الإسلام استحباباً عند الحنفية، ووجوباً عند غيرهم على المرتد، فإن كانت له شبهة كشفت له، إذ الظاهر أنه لا يرتد إلا من له شبهة. ويحبس ثلاثة أيام ندباً عند الحنفية، ويعرض عليه الإسلام في كل يوم، فإن أسلم فبها، وإن لم يسلم قتل، لحديث: «من بدل دينه فاقتلوه» - الفقه الإسلامي, د. وهبة الزحيلي.


waAllahua3lam

kalam Setapak Melangkah™
image : Google

0 komen:

Catat Ulasan

 
Related Posts with Thumbnails