Bersempena bulan Ramdhan ini, suka untuk saya berkongsi beberapa waktu yang mustajab doa padanya menurut beberapa hadis sohih dan hasan.
Mafhum hadis Nabi s.a.w : “Carilah ia pada masa terakhir selepas Asar”. (HR Abu Daud)
5) Dalam keadaan bermusafir : Mafhum hadis Nabi s.a.w : Tiga doa yang mustajab tiada keraguan padanya: doa seorang anak kepada orang tuanya, doa orang yang bermusafir, dan doa orang yang dizalimi” (HR Abu Daud)
Antara waktu yang afdhal untuk berdoa ialah
1) Waktu antara azan dan iqamat : Mafhum hadis Nabi s.a.w “ Doa yang tidak ditolak antara azan dan iqamat” (HR. Ahmad)
2) Ketika hujan : Mafhum hadis Nabi s.a.w “ Dua perkara yang tidak ditolak keduanya: Doa ketika azan dan ketika hujan”
Mafhum hadis Nabi s.a.w “Daripada Aisyah RA katanya Rasulullah SAW apabila manpak hujan baginda berdoa: Ya Allah, hujanilah dengan yang mendatangkan manfaat.” (HR Bukhari)
3) Satu per tiga terakhir dari malam : Mafhum hadis Nabi s.a.w “ Apabila tersisa sepertiga dari malam hari Allah 'Azza wajalla turun ke langit bumi dan berfirman : "Adakah orang yang berdoa kepada Ku akan Ku kabulkan? Adakah orang yang beristighfar kepada-Ku akan Ku ampuni dosa- dosanya? Adakah orang yang mohon rezeki kepada-Ku akan Ku berinya rezeki? Adakah orang yang mohon dibebaskan dari kesulitan yang dialaminya akan Ku atasi kesulitan-kesulitannya?" Yang demikian (berlaku) sampai tiba waktu fajar (subuh). (HR. Ahmad)
4) Waktu-waktu terakhir dari Hari Jumaat : Mafhum hadis Nabi s.a.w ; “Pada hari Jumaat ada padanya satu masa yang tiada bersamaannya seseorang hamba sedang ia bersembahyang kemudian ia memohon sesuatu daripada Allah Taala melainkan diberi padanya sambil mengisyarat dengan tangan baginda.” (Muttafaqun 3laih)
6) Malam Al-Qadar (Lailatul Qadar).
Semoga dengan sedikit perkongsian ini, kita dapat memanfaatkan sebaik mungkin dalam beribadah kepada Allah Taala.
waAllahua3lam
kalam Setapak Melangkah™
Tiada ulasan:
Catat Ulasan