Khamis, 8 September 2011

Istikharah - Bahagian 1


Istikharah
Istikharah adalah amalan sunat yang amat digalakkan dalam kalangan umat Islam apabila tersepit dalam membuat pilihan. Ramai dari antara kita menganggap bahawa Istikharah adalah solat semata-mata. Bahkan ada yang menganggap hanya boleh dilakukan ketika lewat malam, sebelum tidur. Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut permasalahan ini, kita cuba takrifkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan Istikharah


Secara bahasa, istikharah ialah kata terbitan dari perkataan istakharah bermaksud mencari yang terbaik. Manakala secara istilah, meminta membuat pilihan. Iaitu meminta pilihan terbaik dari sisi Allah s.w.t. Dan lebih utama melalui solat atau berdoa yang tidak bertentangan dengan agama dalam beristikharah. Solat sunat istikharah juga menyamai solat sunat hajat dan doa.

Dan berkata Ibnu Hajr: Istikharah, meminta kebaikan daripada dua perkara kepada sesiapa yang berkehendakkan kepada salah satu dari keduanya.

Hadis mengenai istikharah;
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي قَالَ وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Maksudnya:
Dari Jabir bin Abdullah 'semoga Allah s.w.t  meredhai mereka berdua', berkata.
Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Baiklah, harap para pembaca dapat memahami secara ringkas, apa itu istikharah. Istikharah sebenarnya tidak tertakluk kepada solat semata-mata (solat istikharah). Bagi memudahkan pemahaman mengenai istikharah, di sini saya naqalkan beberapa kaifiat istikharah...


kalam Setapak Melangkah™

2 ulasan: